Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Dalam Warna Polaris Blue Akan Dilancarkan Di Eropah Bulan Depan Comments Off on Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Dalam Warna Polaris Blue Akan Dilancarkan Di Eropah Bulan Depan

Dilancarkan secara rasmi buat pertama kalinya pada Februari yang lepas, Samsung sebelum ini telah menawarkan warna baharu dengan efek warna kecerunan iaitu Ice Blue untuk model Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di pasaran China dan Korea Selatan.

Sama seperti Ice Blue, warna Polaris Blue menyokong efek warna kecerunan biru ke putih.

Nampaknya warna baharu untuk Galaxy S9 dan Galaxy S9+ itu bakal dilancarkan pula untuk pasaran di Eropah menjelang Disember nanti, tetapi akan dikenali sebagai warna Polaris Blue. Walaupun hadir dengan nama berbeza, ia masih menawarkan efek warna kecerunan yang sama iaitu biru ke putih.

Efek warna kecerunan turut boleh dilihat pada bahagian sisi kerangka peranti.

Berbeza untuk dua pasaran Asia yang menyokong ruang storan sebesar 128GB, warna Polaris Blue untuk pasaran Eropah akan ditawarkan dalam ruang storan lebih kecil iaitu hanya 64GB sahaja. Samsung Galaxy S9 dalam warna baharu ini akan dijual pada harga €849 (kira-kira RM4,036), manakala Galaxy S9+ pula ditawarkan pada harga €949 (kira-kira RM4,511).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend