Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 1) Comments Off on Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 1)

Ulasan Samsung Galaxy S9+:

Fizikal & Rekaan (Bhg. 1)

Kami merumuskan Samsung Galaxy S9+ adalah peranti Android terbaik ketika ini di mana Samsung telah memperbaiki kelemahan dan kecelaan yang ada pada siri Galaxy S8.

Namun, adakah model flagship ini sempurna? Adakah berbaloi membelanjakan ribuan ringgit untuk memilikinya?

Mari kita lihat…

 

Reka Bentuk Dan Fizikal

Skor : 9/10

Sekali imbas, dua kali imbas, tiga kali imbas pun nampak sama je Galaxy S9+ dengan siri Galaxy S8. Samsung nampaknya tidak mahu terjun ke dalam tren notch yang dibawa Apple, dan kami rasa langkah itu amat bijak.

Merujuk kepada video yang kami rakam tidak lama dahulu, nampaknya Galaxy S9+ mempunyai dimensi yang lebih kecil berbanding Galaxy S8+. Hal ini dicapai dengan mengecilkan bezel pada bahagian atas yang secara tidak langsung memberikan ruang kepada paparan lebih besar namun dengan saiz peranti yang lebih ergonomic dan kompak.

 

Kali ini, Samsung memperbetulkan kesilapan mereka dengan meletakkan fingerprint sensor di tempat yang lebih masuk akal. Terletak di bawah kamera, fingerprint sensor pada Galaxy S9+ lebih mudah dicapai berbanding model pada tahun lalu dan ia juga tampil lebih kemas dan menarik.

 

Bahagian bezel juga telah ditambah baik pada model ini, membolehkan Samsung meletakkan paparan yang lebih besar di samping mengurangkan saiz siri Galaxy S9.

 

Butang Bixby masih lagi menjengkelkan aku. Terletak di bawah butang volume, ia kerap kali ditekan secara tidak sengaja. Bukan isu besar, tetapi tetap menjengkelkan.

 

Merupakan isu yang sudah lama dan nampaknya tidak dihiraukan Samsung dan mungkin masih akan sama pada model akan datang. Secara peribadi aku lebih menggemari bahan binaan aluminium kerana ia lebih teguh dan kesan comot seperti minyak juga tidak mudah melekat.

Secara keseluruhannya aku cukup berpuas hati dengan kualiti rekaan dan binaan Galaxy S9+. Isu minor pada pemilihan bahan binaan dan butang Bixby hanyalah citarasa peribadi.

Skor reka bentuk & Fizikal: 9/10

Ulasan Bhg. 2 : Kamera

Ulasan Bhg. 3 : Fungsi

Ulasan Bhg. 4 : Prestasi & Bateri

Ulasan Bhg. 5 : Pakej, Spesifikasi & Harga

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend