Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 5) Comments Off on Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 5)

Pakej, Spesifikasi & Harga

Skor : 4/5

Kita sudah melihat apa yang mampu ditawarkan Samsung melalui siri Galaxy S9. Jadi ini pandangan aku berkenaan pakej dan harga Galaxy S9 dan S9+.

 

Pakej Jualan

Pakej jualan mengandungi:

  • Galaxy S9 / S9+
  • Casing
  • Palam kuasa
  • Kabel USB Type-C
  • Earphone AKG
  • Adapter Type-C ke Micro USB
  • Adapter Type-C ke USB A

 

Spesifikasi Galaxy S9+

 

Harga

Aku masukkan sekali harga semua varian yang ditawarkan di dalam siri Galaxy S9 tahun ini agar mudah untuk kita membincangkan varian manakah yang berbaloi untuk dibeli.

Pada pendapat aku, ia bergantung kepada corak penggunaan setiap individu. Bagi aku Galaxy S9GB pada harga RM 3,299 paling berbaloi. Ini kerana aku tidak memerlukan ruang storan yang besar, fail-fail aku kebanyakannya disimpan di dalam cloud. Sebab kedua, aku tidak memerlukan RAM 6GB, bagi aku ia agak overkill. Selain itu aku tidak menggunakan fungsi telephoto, so tidak ada sebab kukuh untuk aku mendapatkan smartphone dengan setup dwi-kamera. Dengan itu, selamatlah RM 500 aku.

Ini satu lagi cabang pendapat aku, bagi mereka yang sedang menggunakan peranti berstatus flagship tahun 2017. Aku rasa membelanjakan ribuan ringgit untuk Galaxy S9 atau S9+ adalah sedikit membazir, ini kerana kebanyakan features yang ditawarkan pada peranti ini tealh pun ada pada model tahun lalu, penegcualian kepada fungsi variable aperture dan juga AR Emoji.

Pakej jualan lengkap serta fungsi yang berpadanan dengan harga meletakkan siri Galaxy S9 antara peranti pilihan aku pada tahun 2018. Namun seperti saranan aku, pembelian yang berbaloi adalah Galaxy S9 berbanding Galaxy S9+ yang jauh lebih mahal.

Skor : 4/5

Ulasan Bhg 1 : Fizikal & Rekaan

Ulasan Bhg 2 : Kamera

Ulasan Bhg 3. : Fungsi

Ulasan Bhg. 4: Prestasi & Bateri

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend