Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 4) Comments Off on Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 4) 291

Prestasi & Bateri

Skor: 4/5

 

Prestasi

Seperti yang dijangkakan, Samsung Galaxy S9+ yang dilengkapi cip Exynos 9810 Octa tidak mempunyai masalah di dalam bahagian ini. Ujian benchmark menunjukkan cip ini berada di kelompok teratas. Sepanjang aku menggunakannya, aku tidak menghadapai sebarang masalah. Ketika bermain game pula, aku perasan tiada overheating dan permainan bergrafik tinggi juga berjalan amat lancar.

 

Bateri

Beralih pula kepada bateri. Galaxy S9+ mempunyai bateri berkapasiti 3500mAh dengan fungsi fast charging. Majoriti peranti flagship mampu bertahan sehingga sehari lebih, namun tidak bagi Galaxy S9+. Dengan penggunaan tipikal aku yang diisi dengan melayari laman web, Twitter, Facebook, Instagram dan juga game, aku perlu mengecas peranti di penghujung hari. Pada ketika itu, kebiasaannya bateri berada pada tahap sekitar 20%.

Bagi aku bukan isu yang besar, tetapi jika dibandingkan dengan peranti lain pada kelas harga yang sama, banyak lagi model yang mampu memberikan prestasi bateri yang lebih baik. Jadi aku tolak sikit markah Galaxy S9+ kat sini.

Keupayaan pemprosesan Galaxy S9+ memang antara yang terbaik, namun hanya disekat dengan kemampuan baterinya yang kurang umphh berbanding peranti flagship lain.

Skor: 4/5

Ulasan Bhg 1 : Fizikal & Rekaan

Ulasan Bhg 2 : Kamera

Ulasan Bhg 3. : Fungsi

Ulasan Bhg. 5 : Pakej, Spesifikasi & Harga

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend