Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 3) Comments Off on Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 3)

Fungsi (Bhg. 3)

Skor: 3/5

Kita beralih pula pada fungsi yang ditawarkan pada Galaxy S9 dan S9+. Kebanyakan fungsi ditawarkan dalam bentuk perisian, antara yang menarik adalah AR Emoji dan juga Intelligent Scan. Jom gali lebih dalam.

 

AR Emoji

Fungsi yang agak kool bagi aku, dan agak lama jugak la aku enjoy main benda ni. Tapi ia bertahan untuk beberapa hari sahaja, selepas itu aku mula bosan. Pelaksanaannya pun agak barai, wajah aku memang berbeza dengan avatar yang dihasilkan, kalau korang tengok wajah kartun tu lebih kepada Alif Syukri aku rasa.

Yang best sikit, selepas korang cipta avatar korang, AR Emoji secara automatik akan menghasilkan koleksi GIF dengan watak yang telah dicipta. Bolehlah kalau korang nak share dengan kawan korang. Kalau aku share aku punya, sah-sah member ingat aku share GIF Alif Syukri.

 

Intelligent Scan

Merupakan satu-satunya fungsi yang aku rasakan paling berguna di dalam siri tahun ini. Intelligent Scan menggabungkan pengecaman iris dan juga pengecaman wajah di dalam satu sistem. Samsung mendakwa gabungan sistem ini lebih efisien, tepat dan juga selamat.

Tetapi ada satu perkara yang sedikit menjengkelkan aku. Semasa menetapkan sistem keselamatan peranti, aku juga memasukkan data cap jari, namun bila aku cuba akses phone guna cap jari, pengesan tidak dapat mengecam cap jari aku. Godek punya godek, rupa-rupanya apabila Intelligent Scan diaktifkan, secara automatik pengesan cap jari akan dinyah-aktif dan aku perlu aktifkan balik secara manual. Jadi kalau korang nak gunakan Intelligent Scan + Fingerprint, ni cara dia.

 

Audio Jack, Type C dan Stereo Speaker

Hehehe, aku gembira sebab audio jack masih lagi hadir dalam siri peranti Samsung. Selain itu, siri Galaxy S9 dilengkapi sambungan Type C dan juga kali ini Samsung memberikan sistem Stereo Speaker. Aku rasakan yang siri pada tahun ini lebih baik audionya berbanding tahun lalu, tetapi kalau dibandingkan dengan peranti lain di pasaran, masih ada smartphone dengan sistem audio yang lebih baik dari siri Galaxy S9. Korang patut try Razer Phone, memang padu audio dia.

 

Samsung Pay & Bixby

Aku tak menggunakan sangat servis Samsung Pay kerana lebih kerap menggunakan CIMB Pay untuk pembelian tanpa tunai, so tak boleh nak komen banyak. Yang pasti ini adalah satu fungsi yang sangat bagus dan hampir semua peranti Samsung dengan sokongan NFC juga hadir dengan Samsung Pay.

Lain pula ceritanya bagi Bixby. Aku menggunakan Google Assistant dengan agak kerap, jadi peralihan ke Bixby amat dirasai dan aku rasakan Bixby terdapat kekurangan. Satu masalah yang aku rasakan sangat menonjol pada Bixby adalah informasi yang dipaparkan tidak relevan. Mungkin sahaja kerana aku sudah menggunakan Google Assistant agak lama berbanding Bixby, dan teknologi tersebut sudah dapat membaca corak penggunaan aku. Tetapi buat masa sekarang aku mengambil keputusan untuk terus menggunakan Google Assistant.

Aku memberikan skor median pada bahagian fungsi kerana aku tidak merasa teruja dengan apa yang diperkenalkan. Idea di sebalik AR Emoji agak menarik, namun pelaksanaanya agak tersasar.

Skor: 3/5

Ulasan Bhg 1 : Fizikal & Rekaan

Ulasan Bhg 2 : Kamera

Ulasan Bhg. 4 : Prestasi & Bateri

Ulasan Bhg. 5 : Pakej, Spesifikasi & Harga

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend