Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 2) Comments Off on Samsung Galaxy S9+ : Android Terbaik Ketika Ini, Tetapi Barbaloikah Memilikinya? (Bhg. 2)

Kamera (Bhg. 2)

Skor: 4/5

Apakah yang paling penting di dalam keputusan korang untuk membeli sebuah smartphone? Aku yakin, majoriti akan mengatakan kemampuan kamera merupakan aspek terpenting di dalam pemilihan.

Untuk makluman, Galaxy S9+ mempunyai skor tertinggi di dalam ranking kamera DxOMark.

Dengan kamera utama 12MP dan tambah baik sistem pemprosesan imej membolehkan Galaxy S9+ menghasilkan kualiti gambar yang sangat baik. Tak hairanlah jika kamera Galaxy S9+ diletakkan sebagai kamera smartphone terbaik oleh DxOMark. Mari tengok hasil gambar yang diambil menggunakan kamera Galaxy S9+.

 

Variable Aperture

Galaxy S9+ merupakan peranti pertama di dalam siri Galaxy S yang hadir dengan dwi-kamera, dengan kamera kedua dilengkapi fungsi telephoto yang membolehkan korang zoom (2X optikal) pada subjek tanpa menjejaskan butiran imej. Selain itu, ini merupakan kamera smartphone pertama di dunia yang dilengkapi fungsi Variable Aperture.

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Fungsi Variable Aperture membolehkan Galaxy S9+ menyesuaikan bukaan kamera untuk cahaya masuk bergantung kepada kondisi pencahayaan.

Bukaan aperture f 1.5 digunakan apabila anda mengambil gambar di dalam keadaan cahaya terhad. Ketika ini, bukaan kamera pada had maksimum bagi membolehkan lebih banyak cahaya masuk. Di dalam keadaan yang terang, kamera secara automatik akan menggunakan bukaan aperture f 2.4, di mana pada ketika ini bukaan kamera adalah kecil.

Hasilnya, gambar yang diambil di dalam keadaan cahaya terhad lebih baik berbanding smartphone lain yang hanya hadir dalam satu bukaan aperture sahaja. Lihat perbandingan imej di antara Galaxy S9+ dengan iPhone 7 Plus.

 

Super Slow-Mo

Beralih pula pada satu fungsi  yang telah di-upgrade pada siri tahun ini. Super Slow-Mo telah pun diperkenalkan Sony pada tahun lalu dan seperti yang dijangkakan, fungsi tersebut mula menyusul pada peranti flagship lain pada tahun ini. Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mampu merakam video gerak perlahan pada kadar 960fps di dalam resolusi 720p.

Memang mengagumkan yang kini kita boleh mencapai rakaman video 960fps di smartphone. Namun contoh video di atas merupakan percubaan terbaik aku dalam merakam video gerak perlahan. Agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan shot yang kemas dan bersih. Kebanyakan percubaan menghasilkan video yang penuh dengan noise. Salah satu video gerak perlahan yang mempunyai noise yang banyak aku share di bahagian bawah.

Kalau korang mahukan resolusi rakaman yang lebih baik, korang perlu mengorbankan fungsi rakaman 960fps dan menggunakan mod Slow-Mo pada kadar 240fps dengan resolusi 1080p.

 

Kamera terbaik yang ada pada smartphone Android ketika ini, imej pegunnya setanding Google Pixel 2.

Walaupun begitu, masih belum sempurna. Aku rasakan mod Super Slow-Mo masih belum cukup matang. Amat sukar untuk menghasilkan shot yang kemas dan bersih. Selain itu kamera hadapan masih ada efek “beauty” walaupun sudah dinyah-aktif.

Skor: 4/5

Ulasan Bhg. 1 : Fizikal & Rekaan

Ulasan Bhg. 3 : Fungsi

Ulasan Bhg. 4 : Prestasi & Bateri

Ulasan Bhg. 5 : Pakej, Spesifikasi & Harga

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend