Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Kini Sokong GIF Pada Paparan Always On Display Comments Off on Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Kini Sokong GIF Pada Paparan Always On Display

Walaupun Samsung sudahpun melancarkan model flagship terbaru keluarannya, model lama yang diperkenalkan oleh mereka tidak diabaikan apabila baru-baru ini Samsung telah menawarkan satu ciri baharu untuk Samsung Galaxy S8 dan Galaxy Note 8.

Baru-baru ini Samsung telah memperkenalkan kemas kini terbaru untuk fungsi Always On Display untuk Galaxy S8, Galaxy S8+ dan juga Galaxy Note 8 untuk menyokong fail GIF. Namun begitu, peranti berkenaan perlulah dikemaskinikan ke Android 8.0 Oreo terlebih dahulu bagi memastikan gambar GIF dapat dimainkan ketika peranti berada dalam mod idle.

Selain boleh memasukkan GIF fail peribadi, Always On Display terbaru ini juga turut menawarkan beberapa pilihan animasi GIF secara pra-pasang. Sungguhpun begitu, fail GIF itu akan hanya dimainkan sekali sahaja iaitu selepas peranti dikunci dan selepas itu ia akan dipaparkan sebagai imej statik biasa.

Anda boleh mengemaskini Always On Display dengan mengakses aplikasi Galaxy App Store pada peranti, klik pada tiga titik yang terdapat pada bahagian atas skrin, pilih menu My Apps dan tekan butang Update.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend