Samsung Galaxy S20 Ultra Tersenarai Sebagai 10 Telefon Pintar Berkamera Terbaik – DXOMARK Comments Off on Samsung Galaxy S20 Ultra Tersenarai Sebagai 10 Telefon Pintar Berkamera Terbaik – DXOMARK

Hari ini DXOMARK yang menjadi rujukan pengeluar telefon pintar dan juga peminat telefon pintar berkamera telahpun mendedahkan skor yang berjaya diperolehi oleh peranti mercu terbaharu keluaran Samsung iaitu Galaxy S20 Ultra.

Memperolehi skor keseluruhan sebanyak 122 poin, Galaxy S20 Ultra hanya berjaya menduduki di tangga ke-7 dalam senarai DXOMARK Camera. Berkongsi skor yang sama seperti HONOR V30 Pro, ia dilihat tidak mampu mengatasi skor yang dicatatkan oleh Xiaomi Mi 10 Pro, OPPO Find X2 Pro dan juga peneraju takhta iaitu HUAWEI P40 Pro.

Berdasarkan ujian penggambaran yang dijalankan oleh DXOMARK, Galaxy S20 Ultra memperolehi skor 132 poin untuk prestasi kamera statik. Manakala untuk prestasi rakaman video pula, ia mencatatkan skor sebanyak 102 poin.

Sebagai rujukan, Samsung Galaxy S20 Ultra dilengkapi keupayaan penggambaran terbaik daripada Samsung iaitu dengan sokongan kuad kamera beresolusi 108MP (f/1.8, OIS) + 48MP (Telephoto, f/3.5) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2) + ToF 3D (f/1.0).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend