Samsung Galaxy S20 Ultra Dipercayai Akan Menggunakan Kerangka Yang Diperbuat Daripada Keluli Tahan Karat Comments Off on Samsung Galaxy S20 Ultra Dipercayai Akan Menggunakan Kerangka Yang Diperbuat Daripada Keluli Tahan Karat

Penggunaan kerangka telefon pintar yang diperbuat daripada keluli tahan karat (stainless steel) bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan Apple telahpun menggunakannya sejak dari tahun 2017 lagi pada model premiumnya iaitu iPhone X.

Jika benar pendedahan yang dikongsikan oleh @MaxWinebach di Twitter, Samsung didakwa akan memperkenalkan kerangka yang diperbuat daripada keluli tahan karat untuk model Galaxy S20 Ultra yang akan diperkenalkan pada bulan depan.

Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan kerangka sebegini mampu menjanjikan binaan kerangka yang jauh lebih tahak lasak. Namun dalam masa yang sama kekurangannya adalah ia lebih berat jika dibandingkan dengan kerangka jenis aluminium.

Tetapi berdasarkan maklumat yang dikongsikan, walaupun Galaxy S20 Ultra akan menampilkan bateri berkapasiti 5000mAh, ia lebih ringan jika dibandingkan dengan iPhone 11 Pro Max yang memiliki berat sekitar 226g.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend