Samsung Galaxy S20 Ultra Dalam Warna Cosmic Black Jadi Pilihan, Kesemua Unit Habis Ditempah Comments Off on Samsung Galaxy S20 Ultra Dalam Warna Cosmic Black Jadi Pilihan, Kesemua Unit Habis Ditempah

Samsung Malaysia sebelum ini telahpun membuka pra-tempah siri Galaxy S20 untuk pengguna tempatan, bermula dari 12 Februari hingga minggu depan iaitu 26 Februari 2020.

Walaupun ditawarkan pada harga jualan yang agak tinggi berbanding siri Galaxy S sebelum ini. Namun itu tidak menjadi isu apabila kesemua unit Samsung Galaxy S20 Ultra dalam warna Cosmic Black dilaporkan telah habis ditempah.

Sebagai rujukan, Samsung Galaxy S20 Ultra merupakan model termahal dalam siri tersebut dengan harga jualan mencecah RM4,999. Ditawarkan dalam dua warna pilihan, kini hanya warna Cosmic Gray sahaja yang boleh ditempah sehingga 26 Februari nanti dan setiap pembelian akan menerima Galaxy Buds+ secara percuma.

Spesifikasi Samsung Galaxy S20 Ultra:

  • Exynos 990 (7 nm+)
  • One UI 2 (Android 10)
  • 12GB + 128GB
  • 6.9 inci Dynamic AMOLED, 3200 x 1440 piksel
  • Corning Gorilla Glass 6, HDR10+, 120Hz (1080p) / 60Hz (QHD)
  • Kamera utama: 108MP (f/1.8, OIS) + 48MP (Periskop, OIS) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2) + ToF 3D
  • Kamera depan: 40MP (f/2.2)
  • Speaker stereo
  • WiFi 802.11ax (WiFi 6), Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • 5000mAh
  • Pengecasan pantas 45W, pengecasan pantas tanpa wayar 15W, pengecasan berbalik 9W

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend