Samsung Galaxy S20 Ultra Berada Di Kedudukan Kedua Untuk Kamera Swafoto Terbaik – DXOMARK Selfie Comments Off on Samsung Galaxy S20 Ultra Berada Di Kedudukan Kedua Untuk Kamera Swafoto Terbaik – DXOMARK Selfie

Walaupun hadir dengan hanya satu lensa untuk kamera depan, Samsung Galaxy S20 Ultra yang berjaya mencatatkan skor yang sangat baik iaitu sebanyak 100 poin, sekaligus meletakkannya di tempat kedua dengan skor setanding HUAWEI Nova 6 5G yang memiliki dwi kamera depan.

Menariknya Samsung Galaxy S20 Ultra turut dilengkapi lensa depan beresolusi 40MP dengan sokongan AI yang secara automatik akan bertukar ke mod sudut luas untuk penggambaran berkumpulan. Prestasi kamera depan peranti ini tidak mengecewakan kerana ia memperolehi skor 104 poin untuk kamera statik, dan 95 poin untuk rakaman video.

Sebelum ini Samsung Galaxy S20 Ultra turut mencatatkan skor sebanyak 122 poin untuk prestasi DXOMARK Camera, dan juga 69 poin untuk prestasi speaker stereo yang disokongnya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend