Samsung Galaxy S20+ 5G Olympic Games Edition Kini Telah Dibatalkan Secara Rasmi Comments Off on Samsung Galaxy S20+ 5G Olympic Games Edition Kini Telah Dibatalkan Secara Rasmi

Pada 18 Mac 2020, NTT DOCOMO yang merupakan penyedia rangkaian telekomunikasi terbesar di Jepun telahpun mengumumkan akan memperkenalkan edisi istimewa Samsung Galaxy S20+ 5G Olympic Games Edition.

Perancangan untuk melancarkan edisi istimewa Galaxy S20+ 5G yang dijadualkan berlangsung pada Julai tahun ini nampaknya tidak kesampaian, selepas NTT DOCOMO telah mengumumkan secara rasmi untuk membatalkan projek tersebut.

Menurut NTT DOCOMO, keputusan ini terpaksa dibuat berikutan acara sukan Olimpik telahpun ditunda berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend