Samsung Galaxy S20+ 5G Muncul Dalam Gambar Sebenar, Sah Tidak Guna Nama S11 Comments Off on Samsung Galaxy S20+ 5G Muncul Dalam Gambar Sebenar, Sah Tidak Guna Nama S11

Samsung bakal melangsungkan acara Samsung Unpacked pada 11 Februari ini dan dipercayai dua buah telefon pintar mercu bakal diperkenalkan. Acara ini merupakan acara khas bagi pelancaran siri Galaxy S yang terbaru malah banyak khabar berita mengenainya telah diperdengarkan sejak kebelakangan ini.

Terkini, gambar sebenar telefon yang ingin dilancarkan itu telah diperlihatkan. Beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan ‘Samsung Galaxy S20+ 5G’ dari rupa depan hinggalah ke belakang.

Panel skrin dilihat menjalani reka bentuk yang lebih tajam terutamanya pada bahagian sudut. Ia juga memiliki kamera berlubang pada skrin melalui rekaan Infinity-O. Di bahagian sisi pula kelihatan skrin yang melengkung dan dikelilingi bezel nipis berbanding model terdahulu.

Baca: Samsung Mungkin Guna Nama ‘Galaxy S20’ Untuk Peranti Mercu Akan Datang

Sementara di panel belakang, peranti ini hadir dengan bonjol kamera yang menyusunkan lima sensor dipercayai pelbagai jenis disamping satu LED flash. Peranti ini turut menyertakan panel gelas dan pastinya terdapat perlindungan Corning Gorilla Glass (tidak diketahui generasi apa) memandangkan ia sebuah telefon pintar mercu.

Selain daripada rupa, peranti ini tidak mustahil untuk menggunakan sensor kamera 108MP ISOCELL Bright HMX yang kini sudah berada dalam barisan produksi di kilang.

Apa-apapun lebih banyak info mengenai peranti bakal kita terima dalam masa terdekat ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend