Samsung Galaxy S11e Mungkin Hadir Dengan Bateri Yang Cukup Besar Comments Off on Samsung Galaxy S11e Mungkin Hadir Dengan Bateri Yang Cukup Besar 261

Model terkecil Galaxy S11 mungkin didatangkan dengan bateri yang cukup besar. Perkhabaran ini telah mula tersebar di arena web malah di portal SamMobile, Galaxy S11e mungkin dijana bateri sekitar 3800 hingga 3900mAh.

Menurut mereka, butiran pada gambar telah menunjukkan bateri menyertakan unit Wh (watt hour) sebanyak 14.36Wh. Kebiasaan telefon pintar dioperasikan bateri berkuasa 3.85V. Ini bermakna selepas membuat kira-kira, Galaxy S11e mungkin menawarkan kapasiti bateri 3730mAh (Watt hour/volt) atau lebih.

Selain itu, rekaan bateri pada kali ini adalah segi empat tepat yang mana sangat berbeza dengan rekaan memanjang pada bateri Galaxy S10e. Melalui rekaan terbaru ini, peranti juga mungkin akan menggunakan rekaan papan induk yang baharu.

Pada tahun hadapan, Samsung juga diramalkan bakal mengeluarkan varian 5G untuk siri Galaxy S11. Strategi yang sama digunakan oleh Apple untuk barisan iPhone 12.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend