Samsung Galaxy S11 Disahkan Hadir Dengan Sokongan Teknologi 5G Dan Pengecasan Pantas 25W Comments Off on Samsung Galaxy S11 Disahkan Hadir Dengan Sokongan Teknologi 5G Dan Pengecasan Pantas 25W

Samsung dipercayai akan menjadualkan tarikh pelancaran siri Galaxy S11 yang akan berlangsung pada bulan Februari tahun depan. Malah sebelum ini siri Galaxy S11 telahpun dikhabarkan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865 (China dan Amerika Syarikat) atau Exynos 9830 (global), storan jenis UFS 3.0 dan juga RAM LPDDR5.

Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10e.

Melalui pengiktirafan di laman rasmi 3C di China, Samsung Galaxy S11 yang akan menggunakan nombor model SM-G9860 dilaporkan akan menyokong teknologi rangkaian 5G dan juga pengecasan pantas 25W. Walaupun teknologi yang digunakan tidak sepantas Galaxy Note10+ yang menyokong output sehingga 45W, ia adalah lebih baik berbanding hanya 15W pada siri Galaxy S10.

Menariknya berdasarkan pendedahan berasingan, siri Galaxy S11 juga telah dilaporkan akan hadir dengan sokongan kadar segar semula skrin mencecah sehingga 120Hz. Terdapat tiga tetapan disediakan iaitu 60Hz, 120Hz ataupun penukaran automatik antara 60Hz/120Hz.

Tidak cukup dengan itu, siri Galaxy S11 ini juga dikatakan berkemungkinan besar akan menyokong lensa 108MP generasi kedua yang turut dilengkapi lensa periskop dengan 5x zum optikal. Fungsi kameranya akan turut dipertingkatkan dengan sokongan¬†¬†Director’s View, Night Hyperlapse, serta rakaman video 8K.

Baca juga:

Samsung Galaxy S11 Dipercayai Sokong Cipset Exynos 9830 Atau Snapdragon 865 Dan RAM LPDDR5

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend