Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ Bakal Terima Kemas Kini Pengecasan Pantas 25W Comments Off on Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ Bakal Terima Kemas Kini Pengecasan Pantas 25W

Apabila siri Galaxy S10 dilancarkan, Samsung dilihat terus memperkenalkan kemas kini pertamanya yang membolehkan pemilik peranti berkenaan untuk mengubah kegunaan butang Bixby. Berdasarkan perkongsian terbaru yang dibuat oleh Presiden Samsung di China, satu lagi kemas kini terbaru akan diperkenalkan untuk kesemua model siri Galaxy S10.

Samsung Galaxy S10 5G merupakan model pertama daripada Samsung menyokong pengecasan pantas 25W.

Melalui kemas kini terbaharu itu, ketiga-tiga model iaitu Galaxy S10e, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10+ akan menyokong fungsi pengecasan pantas dengan output maksimum sehingga 25W. Namun begitu, tarikh ketersediaan kemas kini itu masih lagi belum didedahkan dan fungsi pengecasan pantas 25W itu hanya tersedia pada Galaxy S10 5G dan juga Galaxy A70 sahaja buat masa ini.

Samsung Galaxy A70 turut menyokong pengecasan pantas 25W.

Selain itu, Quan Guixian turut mengesahkan bahawa kesemua siri Galaxy S10 akan turut menerima kemas kini kamera dengan sokongan mod long exposure. Tetapi masih belum diketahui sama ada kedua-dua fungsi itu akan diberikan secara serentak dalam satu fail kemas kini yang sama ataupun tidak.

sumber

Tonton video buka kotak Samsung Galaxy S10+:

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy S10+, Naik Taraf Terbesar Pernah Dilakukan Pada Siri-S

Keupayaan Kamera Samsung Galaxy S10+ Setanding Dengan Huawei Mate 20 Pro Dan P20 Pro – DxOMark

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend