Samsung Galaxy S10 Versi Bajet Diperlihatkan Dalam Gambar Bersama Sarung Comments Off on Samsung Galaxy S10 Versi Bajet Diperlihatkan Dalam Gambar Bersama Sarung

Langkah pemasaran Samsung tahun hadapan bakal menerima perubahan apabila mereka bakal memperkenalkan Galaxy S10 dalam versi Lite. Peranti bajet siri premium tersebut mungkin dikurangkan spesifikasinya seperti ketiadaan pengimbas cap jari dalam skrin dan skrin paparan yang rata bertujuan mengurangkan kos.

Terkini, gambar tertiris memperlihatkan Galaxy S10 Lite dengan sarung pelindungnya. Berdasarkan pada gambar render, kedudukan butang laras suara dan kunci telah diletakkan sebaris di sebelah kiri sementara di sebelah kanan pula terdapat pengimbas cap jari.

Rupa fizikal lain turut menunjukkan Galaxy S10 Lite hadir dengan bicu audio serta port pengecasan USB Type-C. Memandangkan peranti Samsung dibawah siri-A menawarkan tiga dan empat kamera utama, peranti ini hanya dimuatkan dengan dwi kamera sahaja.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend