Samsung Galaxy S10 Varian 5G Dipercayai Menyokong 12GB RAM Dan Ruang Storan 1TB Comments Off on Samsung Galaxy S10 Varian 5G Dipercayai Menyokong 12GB RAM Dan Ruang Storan 1TB

Pada penghujung Oktober yang lalu, ada pihak di Weibo telah berjaya mendedahkan bahawa Samsung dipercayai akan hadir dengan empat varian berbeza untuk peranti mercu iaitu Samsung Galaxy S10. Seperti yang telah kami dedahkan sebelum ini, Samsung Galaxy S10 dalam varian 5G akan menyokong kapasiti RAM terbesar pernah diperkenalkan untuk telefon pintar iaitu sebesar 12GB.

Baru-baru ini ITHome pula telah melaporkan bahawa varian tertinggi untuk siri Galaxy S10 ini akan menawarkan ruang storan yang sangat besar iaitu mencecah sehingga 1TB. Sungguhpun begitu, sebelum ini varian yang menggunakan nombor model SM-G75FC ini telahpun tertiris dengan sokongan ruang storan 512GB dan juga skrin sentuh yang sangat besar mencecah 6.7 inci.

Pelindung skrin yang didakwa milik Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dengan rekaan bezel yang jauh lebih nipis berbanding generasi sebelumnya.

Jadi pada pendapat kami berkemungkinan ruang storan 1TB yang dimaksudkan ini mungkin merupakan kombinasi antara ROM sebesar 512GB dengan kad memori microSD 512GB, sama seperti Galaxy Note 9 yang telahpun dilancarkan secara rasmi. Selain itu, Galaxy S10 5G ini juga dijangka akan menyokong kamera 3D Sensing dan juga panel belakang yang diperbuat daripada seramik dalam warna putih dan hitam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend