Samsung Galaxy S10 Sah Akan Dilancarkan Pada 21 Januari 2019 0 302

Samsung baru sahaja mengesahkan tarikh berlangsungnya acara Galaxy Unpacked pada 20 Januari ini. Acara yang bakal diadakan ini sudah pasti akan melihatkan peranti terbaharu Samsung Galaxy S10. Lokasi kali ini adalah di San Francisco, California – berbeza dengan Galaxy S9 pada tahun lalu yang berlangsung di Barcelona.

Setakat ini, mengikut khabar angin Galaxy S10 akan didatangkan dengan tiga varian yang mana salah satunya dilengkapi sistem tri kamera utama. Ia juga akan menggunakan teknologi Infinity Display terbaru dengan lubang kamera pada skrin. Selain daripada itu beberapa ciri menarik akan diperkenalkan memandangkan ia peranti ulang tahun Samsung yang ke-10.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy S10, anda boleh menontonya di laman web atau aplikasi YouTube rasmi Samsung Mobile pada 21 Januari 2019, jam 3 pagi waktu tempatan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend