Samsung Galaxy S10 Plus Versi Seramik Akan Dilengkapi 12GB RAM Dan 1TB Storan Comments Off on Samsung Galaxy S10 Plus Versi Seramik Akan Dilengkapi 12GB RAM Dan 1TB Storan

Lenovo Z5 Pro GT merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi memori 12GB RAM. Bagaimanapun, menurut laporan terbaru, Samsung juga akan mengguna pakai konfigurasi tersebut pada telefon pintar Galaxy S10 Plus akan datang.

Terdahulu, Samsung dilaporkan akan melancarkan salah satu Galaxy S10 dengan binaan seramik. Varian tersebut dikatakan dilengkapi sambungan rangkaian 5G yang merujuk kepada Galaxy S10 X. Namun begitu, sejak akhir-akhir sebelum pelancaran rasmi ini, ia mungkin akan menggunakan nama Galaxy S10 Plus.

Menurut portal SamMobile, versi Galaxy S10 Plus akan hadir menggunakan nombor siri SM-G975FC dan dikeluarkan dalam dua pilihan warna hitam dan juga putih. Malahan, peranti ini turut membawakan memori sebesar 12GB RAM dan 1TB storan sekaligus mengalahkan Lenovo Z5 Pro GT.

Dalam tweet @IceUniverselce pula memaklumkan, varian seramik ini bukan sahaja kalis daripada calar malah ia juga kalis daripada hentakan. Ini bermakna binaan seramik yang digunakan lebih tahan lasak berbanding kaca seperti kebanyakan telefon di pasaran. Walaupun berat yang semakin bertambah, Samsung akan memperkemaskan telefon ini dengan Luster untuk kelihatan lebih menarik.

Nampaknya Samsung sudah mula mengeluarkan taring mereka. Adakah Samsung bakal menambat semula hati para pengguna yang kini tertumpu pada jenama China? Kita nantikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend