Samsung Galaxy S10 Dipercayai Hadir Dengan Sokongan RAM Sehingga 12GB Dalam Empat Varian Berbeza Comments Off on Samsung Galaxy S10 Dipercayai Hadir Dengan Sokongan RAM Sehingga 12GB Dalam Empat Varian Berbeza

Jika semalam ada khabar angin yang telah melaporkan bahawa Huawei akan menawarkan sokongan RAM mencecah sehingga 12GB untuk varian P30 Pro, nampaknya Samsung juga telah dikhabarkan akan turut hadir dengan kapasiti RAM yang sama. Apa yang menariknya pendedahan ini turut dibuat oleh sumber yang sama di laman sosial popular Weibo di China iaitu Lei Technology.

Lebih mengejutkan, pendedahan imej itu juga turut memperlihatkan bahawa Samsung mungkin hadir dengan empat varian berbeza yang akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mac 2019 nanti. Berikut adalah empat varian yang dimaksudkan:

  • Galaxy S10 – 4GB RAM
  • Galaxy S10 Plus – 6GB RAM
  • Galaxy S10 X – 8GB RAM
  • Galaxy S10 X 5G – 10GB RAM

Walau bagaimanapun buat masa ini tiada banyak maklumat yang berjaya diperolehi, dan perlu diingat bahawa maklumat ini juga sekadar khabar angin awal yang masih belum dapat disahkan kesahihannya. Jadi adalah lebih baik kita tunggu pendedahan rasminya pada Mac 2019 nanti.

Huawei P30 Pro Dilaporkan Menyokong 12GB RAM Dan Akan Diperkenalkan Pada Mac 2019 Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend