Samsung Galaxy S10+ Dikhabarkan Tawar Lima Kamera Termasuk Dua Untuk Swafoto Comments Off on Samsung Galaxy S10+ Dikhabarkan Tawar Lima Kamera Termasuk Dua Untuk Swafoto

Masih lambat lagi untuk pelancaran Samsung Galaxy S10 yang dijangka sekitar bulan Februari tahun depan. Walaupun begitu, pelbagai khabar angin berkenaan peranti siri-S yang kita terima sehingga ke hari ini

Terkini, melalui laporan TheBell, barisan Galaxy S10 akan diperhebatkan dengan model varian S10+ yang mana akan hadir dengan lima kamera – tiga kamera untuk penggambaran utama dan dua kamera untuk swafoto.

Dwi kamera depan seperti Galaxy A8 (2018)

Cakap-cakap sebelum ini ada mengatakan tiga kamera akan digunakan pada sebelah belakang, sensor standard 16MP dan sensor telefoto 12MP telahpun kita ketahui. Satu lagi sensor yang menjadi misteri kini dilaporkan ialah sensor bersudut lebar 12MP 120 darjah.

Sementara itu, pada bahagian hadapan, TheBell dari Korea Selatan memaklumkan dua lagi sensor selebihnya akan dimuatkan di sebelah depan menawarkan sensor 16MP dan 8MP yang menyokong ciri Live Focus (mod potret).

Apa-apa pun masih awal untuk kita pastikan khabar angin ini, bagaimanapun kami yakin akan ada maklumat selanjutnya mengenai kamera ini di masa kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend