
Minggu lepas Google telahpun mengumumkan ketersediaan program Android 11 Developer Preview untuk pembangun mengujinya sebelum kemas kini baharu itu memasuki fasa beta. Namun begitu program ini hanya terbuka untuk digunakan pada model Google Pixel sahaja.
Namun Samsung kini dipercayai mungkin sedang menguji kemas kini Android 11 itu pada perantinya, apabila skor Geekbench untuk model Galaxy S10+ yang dioperasikan dengan kemas kini baharu itu telah mula tersenarai di laman tersebut.
Berdasarkan makluma yang diperolehi, Samsung telah menggunakan Galaxy S10+ varian global kerana model yang digunakan adalah Samsung SM-G975F yang dikuasakan oleh cipset Exynos 9820.
Walau bagaimanapun, kesahihannya masih belum dapat dipastikan kerana sebelum ini ada di kalangan pembangun dilihat telah cuba memanipulasi versi Android yang telah mereka uji menggunakan aplikasi penanda aras Geekbench.
Baca juga: