Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik Comments Off on Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik 518

Awal pagi tadi Samsung akhirnya telahpun melancarkan telefon pintar mercunya dari siri Galaxy S10 secara rasmi di San Francisco, dengan kehadiran Galaxy S10 dan Galaxy S10+. Berbeza dengan generasi Galaxy S sebelum ini, Samsung buat pertama kalinya telah memperkenalkan sokongan tiga kamera untuk kedua-dua varian ini.

Samsung Galaxy S10

Untuk aspek penggambaran, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ hadir dengan sokongan tiga kamera beresolusi 12MP dengan teknologi variable aperture f/1.5 dan f/2.4, lensa 12MP (f/2.4) dengan keupayaan 2x zum optikal, dan juga lensa ketiga beresolusi 16MP  (f/2.2) untuk penggambaran bersudut luas. Manakala penggambaran swafotonya pula menyokong lensa beresolusi 10MP dengan fungsi auto fokus.

Samsung Galaxy S10+

Selain itu, kedua-dua peranti mercu ini juga merupakan peranti pertama daripada Samsung yang tersedia dengan panel skrin Quad HD+ jenis Curved Dynamic AMOLED bagi menggantikan panel Super AMOLED. Bahkan ia juga merupakan peranti pertama hadir dengan sokongan HDR10+ yang menjanjikan imej yang lebih dinamik.

Samsung Galaxy S10 hadir dengan sokongan satu kamera, manakala Galaxy S10+ tersedia dengan dwi kamera depan.

Tidak cukup dengan itu, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ turut diiktiraf sebagai peranti pertama menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin jenis ultrasonik yang berupaya membaca kontur 3D pada permukaan fizikal cap jari. Ini berbeza dengan teknologi imbasan imej 2D yang digunakan pada peranti lain di pasaran.

Kedua-dua varian ini menyokong konfigurasi tiga kamera yang sama.

Ciri-ciri menarik yang turut disokong pada kedua-duanya termasuklah Wireless PowerShare yang menawarkan sokongan pengecasan tanpa wayar ke peranti lain (reverse charging), sokongan AI pada perisian yang mampu mengoptimumkan bateri, CPU, RAM serta suhu peranti secara automatik, Bixby Routines dan juga sokongan piawaian WiFi 6 yang menjanjikan prestasi yang lebih baik.

Spesifikasi Samsung Galaxy S10 / Galaxy S10+:

  • Android 9.0 Pie
  • Exynos 9820 – 8nm (Malaysia)
  • 2x 2.7 GHz Mongoose M4 + 2x 2.3 GHz Cortex-A75 + 4x 1.9 GHz Cortex-A55
  • 8GB + 128GB / 8GB + 128GB, 8GB + 512GB, 12GB + 1TB
  • microSD sehingga 512GB
  • 6.1 inci / 6.4 inci Quad HD+ Curved Dynamic AMOLED (3040 x 1440 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 6, HDR10+
  • Kamera utama: 12MP OIS (f/1.5-f/2.4) + 12MP OIS, 2x zum optikal (f/2.4) + 16MP Ultra Wide (f/2.2)
  • Kamera depan: 10MP (f/1.9) / 10MP (f/1.9) + 8MP (f/2.2)
  • WiFi 802.11ax, Bluetooth 5.0, USB Type-C, NFC, bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari ultrasonik pada skrin
  • Speaker stereo (AKG, Dolby Atmos)
  • IP68
  • 3400 mAh / 4100 mAh
  • Fast Wireless Charging 2.0
  • PowerShare (reverse wireless charging) 4.5W
  • 149.9 x 70.4 x 7.8mm / 157.6 x 74.1 x 7.8mm
  • 157g / 175g – 198g (seramik)

Baca juga:

Samsung Galaxy S10e Turut Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi Kamera Dalam Kerangka Lebih Kompak

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Pra-Tempahan Siri Galaxy S10 Dibuka Pada Harga Bermula RM2,699 Hingga RM4,599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend