Samsung Galaxy S10 5G Raih Skor Kamera Swafoto Terbaik, Kamera Utama Setanding Huawei P30 Pro Comments Off on Samsung Galaxy S10 5G Raih Skor Kamera Swafoto Terbaik, Kamera Utama Setanding Huawei P30 Pro 590

Huawei P30 Pro sebelum ini telah dinobatkan oleh DxOMark sebagai telefon pintar kamera terbaik dengan mencatatkan skor untuk kamera utama mencecah 112 poin. Melalui perkongsian terbaru di portal itu, Samsung Galaxy S10 5G turut mencatatkan skor yang sama untuk kamera utamanya.

Namun begitu untuk prestasi kamera statik, Samsung Galaxy S10 5G mencatatkan skor sebanyak 117 poin berbanding 119 poin untuk Huawei P30 Pro. Manakala untuk prestasi rakaman video pula, Galaxy S10 5G terbukti lebih baik kerana ia merupakan telefon pintar pertama berjaya mencatatkan skor tiga angka iaitu 100 poin.

Apa yang lebih istimewanya, Galaxy S10 5G turut dinobatkan sebagai telefon pintar dengan keupayaan kamera swafoto terbaik dengan memperolehi 97 poin. Sekaligus mengatasi skor yang dicatatkan oleh Galaxy S10+ yang mencatatkan skor sebanyak 96 poin. Ini kerana ia turut menyokong dwi kamera 10MP dengan lensa ToF untuk efek bokeh yang lebih baik.

Sebagai rujukan, Galaxy S10 5G menyokong konfigurasi empat kamera utama beresolusi 12MP + 12MP (Telefoto) + 16MP (Ultra Wide) + ToF.

Baca juga:

Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin

Samsung Galaxy S10 Versi 5G Memiliki Paparan Dan Bateri Lebih Besar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend