Samsung Galaxy On6 Dengan Skrin Super AMOLED 5.6 Inci HD+ Dan Exynos 7870 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India Comments Off on Samsung Galaxy On6 Dengan Skrin Super AMOLED 5.6 Inci HD+ Dan Exynos 7870 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India

Sebelum ini Samsung pernah memperkenalkan siri Galaxy On yang pertama keluarannya dengan kehadiran model Galaxy On5 dan juga Galaxy On7 pada tahun 2015. Setahun kemudian, kedua-dua model ini telah menerima peningkatan spesifikasi dengan pengumuman Galaxy On5, Galaxy On5 Pro, Galaxy On7, dan juga Galaxy On7 Pro pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, siri ini tidak pula diperkenalkan dengan model terbarunya untuk tahun 2017. Nampaknya hari ini Samsung telah mengembalikan semula siri ini dengan model terbarunya iaitu Galaxy On6 secara eksklusif untuk pasaran India. Jika dilihat pada sokongan spesifikasi, Samsung Galaxy On6 sebenarnya tidak jauh berbeza dengan model Galaxy J6 (2018).

Samsung Galaxy On6 menyokong paparan skrin Super AMOLED berukuran 5.6 inci HD+ (1480 720 piksel), dikuasakan dengan pemproses Exynos 7870, dioperasikan oleh antaramuka Samsung Experience berasaskan Android 8.0 Oreo, ruang storan 64GB, RAM 4GB, bateri berkapasiti 3000 mAh, kamera utama 13 Megapiksel dan juga kamera hadapan 8 Megapiksel (LED Flash).

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu biru dan hitam, Samsung Galaxy On6 boleh dimiliki secara eksklusif di Flipkart pada harga Rs.14,490 (kira-kira RM853) bermula 5 Julai 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend