Samsung Galaxy Note FE Berkemungkinan Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Comments Off on Samsung Galaxy Note FE Berkemungkinan Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie

Adakah anda masih memiliki Samsung Galaxy Note FE (Fan Edition)?! Jika ya, kami ada berita gembira buat anda kerana baru-baru ini model ini dipercayai akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie.

Perkara ini telah disahkan melalui pensijilan WiFi bertarikh 12 November yang memperlihatkan Samsung Galaxy Note FE dengan sokongan Android 9.0 Pie. Berdasarkan kepada maklumat yang dikongsikan itu juga, varian yang dioperasikan dengan versi Android terbaharu itu menggunakan model SM-N935F.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menerima antaramuka baharu One UI ataupun tidak, bahkan buat masa ini tidak dapat disahkan tarikh ketersediaan untuk kemas kini itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend