Samsung Galaxy Note 9 Mula Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie Versi Beta Di Beberapa Negara 0 308

Sebelum ini Samsung telah membuka sesi pendaftaran untuk menyertai program Android 9.0 Pie versi beta untuk model Galaxy Note 9 di beberapa negara terpilih iaitu Amerika Syarikat, Jerman dan India. Kini ketiga-tiga negara yang terlibat telah dilaporkan mula menerima kemas kini tersebut baru-baru ini.

Melalui penerimaan kemas kini tersebut, pemillik Samsung Galaxy Note 9 yang terlibat berupaya menikmati antaramuka baharu One UI berasaskan Android Pie dengan pelbagai penambahbaikan dan fungsi baharu. Dengan saiz fail kemas kini mencecah 1.5GB, antaramuka One UI menampilkan pengalaman yang lebih baik melalui aplikasi diperbaharui termasuklah kalkulator, pelayar web Samsung, Samsung Health, Samsung Notes dan banyak lagi.

Kemas kini beta ini turut menawarkan sokongan pelbagai ciri-ciri menarik seperti emoji Unicode 11.0, rekaan jam baharu, penampilan antaramuka berbeza, Samsung DeX dengan keupayaan dwi skrin, mod malam, penyediaan butang interaktif pada bahagian bawah skrin, dan juga membolehkan mesej terus dibalas pada panel notifikasi.

Kemas kini One UI berasaskan Android 9.0 Pie untuk Samsung Galaxy Note 9 dipercayai akan mula diberikan secara rasmi pada awal tahun 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend