Samsung Galaxy Note 9 Edisi Lavender Purple Boleh Dimiliki Sehingga 30 November Ini, Percuma MicroSD 512GB 0 337

Bermula 9 November sehingga 30 November ini, Samsung Malaysia telah menawarkan Samsung Galaxy Note 9 (512GB) dalam warna Lavender Purple untuk pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun, tawaran warna baharu untuk Galaxy Note 9 ini hanya dibuat untuk tempoh terhad sahaja. Lebih istimewa, setiap pembelian Galaxy Note 9 edisi Lavender Purple ini akan turut menerima kad microSD 512GB bernilai RM1,199 secara percuma. Ini secara tidak langsung menjanjikan sokongan ruang storan yang lebih besar mencecah sehingga 1TB.

Anda kini boleh memiliki Samsung Galaxy Note 9 edisi Lavender Purple ini secara eksklusif di kedai atas talian rasmi Samsung dengan harga jualan RM4,599.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend