Samsung Galaxy Note 9 Disahkan Akan Dilancarkan Pada 9 Ogos 2018 Nanti Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Disahkan Akan Dilancarkan Pada 9 Ogos 2018 Nanti

Samsung baru-baru ini telah mengesahkan tarikh pelancaran rasmi Galaxy Note 9 di dalam acara Galaxy Unpacked 2018 yang akan diadakan pada 9 Ogos 2018 nanti. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Samsung melalui jemputan rasmi ke acara itu melalui perkongsian video YouTube yang memperlihatkan rekaan S Pen yang sememangnya sinonim dengan siri Galaxy Note.

Berdasarkan daripada pelbagai ketirisan di Internet sebelum ini, Galaxy Note 9 dipercayai menyokong paparan skrin Super AMOLED Infinity Display berukuran 6.4 inci, dikuasakan dengan pemproses Exynos 9810 atau Qualcomm Snapdragon 845, RAM 6GB, ruang storan sehingga 256GB, dan juga bateri berkapasiti 3850 mAh.

Panel depan dipercayai milik Samsung Galaxy Note 9 yang tertiris di Internet. Berdasarkan perkongsian, rekaan Galaxy Note 9 tidak begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan rekaan Galaxy Note 8.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend