Samsung Galaxy Note 9 Dengan Skrin 6.4 Inci, Bateri 4000 mAh Dan S Pen Lebih Berkuasa Kini Dilancarkan Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Dengan Skrin 6.4 Inci, Bateri 4000 mAh Dan S Pen Lebih Berkuasa Kini Dilancarkan 806

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran rasmi telefon pintar terbaharu iaitu Samsung Galaxy Note 9 di dalam acara tahunan Samsung Unpacked 2018 yang berlangsung di New York. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, model terbaharu dari siri Galaxy Note ini turut menyaksikan penambahbaikan spesifikasi, terutamanya pada keupayaan S Pen yang kini lebih berkuasa.

Dari segi prestasi, Samsung Galaxy Note 9 masih lagi mengekalkan sokongan pemproses 10nm dari Exynos 9810 yang sebelum ini digunakan siri Galaxy S9/S9+. Paparan skrinnya pula tampil sedikit lebih besar berbanding sebelum ini iaitu 6.4 inci Super AMOLED dengan resolusi 2960 x 1440 piksel. Malah sokongan bezel atas dan bawah Galaxy Note 9 juga kini tampil lebih nipis.

Jika dilihat pada rekaan luaran Galaxy Note 9, ia tidak begitu jauh berbeza dengan Galaxy Note 8 kecuali kedudukan pengimbas cap jari yang sebelum ini menjadi kontroversi telah diubah di bawah kamera. Sama seperti Galaxy S9+, ia mengekalkan sokongan sensor dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel dengan ciri 2x zum optikal dan Variable Aperture iaitu antara f/1.5 hingga f/2.4. Manakala kamera hadapannya pula beresolusi 8 Megapiksel.

Dengan Galaxy Note 9, Samsung kini dilihat lebih memfokuskan pada sokongan S Pen yang lebih berkuasa dengan sokongan sambungan Bluetooth. Ini bermakna pengguna bukan sahaja boleh menggunakan S Pen tersebut untuk tujuan mengambil nota ataupun melakar, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengambil gambar, mengawal muzik, dan banyak lagi.

Hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4000 mAh, Galaxy Note 9 akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 6GB + 128GB dan juga 8GB + 512GB. Terdapat empat warna boleh dipilih iaitu Metallic Copper, Lavender Purple, Ocean Blue dan juga Midnight Black.

Baca juga: Samsung Malaysia Buka Pra-Tempah Galaxy Note 9 – Percuma Hadiah Bernilai Sehingga RM1,531

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend