Samsung Galaxy Note 9 Dalam Warna Kelabu Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Dalam Warna Kelabu Mula Tertiris Di Internet

Samsung Galaxy Note 9 sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi dengan penawaran empat pilihan warna iaitu Metallic Copper, Lavender Purple, Ocean Blue dan juga Midnight Black. Namun begitu untuk pengguna di negara ini, hanya tiga warna ditawarkan kecuali Lavender Purple.

Sebelum ini hanya empat warna sahaja ditawarkan untuk Samsung Galaxy Note 9.

Nampaknya Samsung bakal menawarkan satu lagi warna baharu untuk model Galaxy Note 9 dengan ketirisan warna baharu iaitu kelabu (Silver). Berdasarkan ketirisan imej rasmi yang berjaya diperolehi oleh MySmartPrice, warna baharu yang masih belum diketahui nama rasminya ini akan turut menyokong S Pen dalam warna yang sama.

Sunggupun begitu, sumber telah mendedahkan bahawa warna baharu untuk Galaxy Note 9 ini akan hanya ditawarkan untuk pasaran di Amerika Syarikat dan berkemungkinan besar tidak akan diperkenalkan untuk pasaran luar. Setakat ini tiada tarikh rasmi ketersediaan Galaxy Note 9 dalam warna kelabu di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend