Samsung Galaxy Note 9 Catat Skor DxOMark Lebih Tinggi Berbanding Galaxy S9+ Dengan Mencatatkan 103 Poin Comments Off on Samsung Galaxy Note 9 Catat Skor DxOMark Lebih Tinggi Berbanding Galaxy S9+ Dengan Mencatatkan 103 Poin

Keupayaan penggambaran telefon pintar keluaran Samsung sememangnya boleh dianggap antara yang terbaik di pasaran dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh DxOMark. Melalui pendedahan yang telah dikongsikan baru-baru ini, Samsung Galaxy Note 9 dilihat telah berjaya mengatasi skor DxOMark dengan memperolehi sebanyak 103 poin, berbanding Galaxy S9+ yang mencatatkan hanya 99 poin.

Sungguhpun begitu, keputusan yang diterima oleh Galaxy Note 9 dilihat terikat seri dengan model HTC U12+. Malah ia masih tidak mampu untuk mengatasi kedudukan keupayaan penggambaran Huawei P20 Pro yang masih gah di tangga pertama dengan pungutan 109 poin. Namun jika dibandingkan dengan keupayaan penggambaran Galaxy S9+, Galaxy Note 9 dikatakan menyokong sistem OIS yang lebih stabil.

Apa yang pasti, kedudukan DxOMark ini sudah tentunya akan berubah apabila Apple dan juga Google melancarkan model terbaru keluaran mereka tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend