Samsung Galaxy Note 9 – Apakah Penambahbaikan Berbanding Generasi Sebelumnya?! 0 233

Apabila Samsung mengumumkan Galaxy Note 9 secara rasmi kepada umum, ada daripada pengguna yang agak skeptikal dengan penambahbaikan model baharu ini berbanding generasi sebelumnya. Ini kerana mereka berpendapat Galaxy Note 9 kelihatan hampir sama seperti Galaxy Note 8, terutamanya pada penampilan fizikalnya. Jadi bagi membantu anda melihat sendiri apakah penambaharuan dan juga penambahbaikan Galaxy Note 9, ikuti artikel yang kami sediakan ini…

Spesifikasi

  • Samsung Experience v9.5 (Android 8.1 Oreo)
  • Exynos 9810 (10 nm LPP)
  • 4x 2.7GHz Exynos M3 + 4x 1.7GHz Cortex-A55
  • 6GB + 128GB / 8GB + 512GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 6.4 inci Dual Edge Super AMOLED QHD+ (2960 x 1440 piksel)
  • Kamera utama: 12MP OIS (f/1.5-f/2.4) + 12MP OIS (f/2.4)
  • Kamera depan: 8MP Auto fokus (f/1.7)
  • 4,000 mAh (Adaptive Fast Charging)
  • Speaker stereo ditala oleh AKG
  • WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C
  • 161.9 x 76.4 x 8.8mm / 201g
  • IP68 (kalis air sedalam 1.5m sehingga 30 minit)
  • Pengimbas cap jari, Pengimbas iris dan Pengecaman wajah
  • Accelerometer, Barometer, Gyro sensor, Geomagnetic sensor, Proximity sensor, RGB light sensor
  • S Pen (Bluetooth)

 

Varian & Harga Jualan

Berbeza dengan Galaxy Note 8 yang sebelum ini hanya diperkenalkan dalam satu varian 6GB + 64GB sahaja, kini Samsung telah mengambil pendekatan untuk menawarkan dua varian berbeza untuk Galaxy Note 9. Selain menyokong ruang storan yang lebih besar, Galaxy Note 9 juga kini hadir dalam warna baharu yang sangat menarik iaitu Metallic Copper dan juga Ocean Blue (S Pen hadir dalam warna kontra iaitu kuning).

6GB + 128GB (RM 3,699)

Pilihan warna: Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue

8GB + 512GB (RM4,599)

Pilihan warna: Midnight Black dan Ocean Blue

 

Pakej Pembelian

Kotak pembungkusan
Aksesori yang tersedia dalam pakej pembelian.

 

Penambahbaikan berbanding generasi sebelum ini…

1. Skrin lebih besar dengan saiz bezel dikecilkan

Samsung Galaxy Note 9 kini hadir dengan paparan skrin 18.5:9 yang sedikit lebih besar iaitu 6.4 inci berbanding 6.3 inci pada model Galaxy Note 8. Apa yang lebih menariknya, rekaan saiz bezel pada bahagian bawah skrin kini tampil lebih kecil dan secara tidak langsung menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka yang lebih baik iaitu lebih kurang 83.4%.

2. Sokongan memori yang lebih besar

Soal ruang memori yang terhad tidak lagi menjadi satu isu pada Galaxy Note 9, berikutan ruang storan paling kecil yang ditawarkan adalah 128GB. Malah pengguna juga boleh mendapatkan ruang storan yang jauh lebih besar dengan varian 512GB yang turut menyokong kapasiti RAM lebih besar. Jika itu masih tidak mencukupi, sokongan kad microSD juga kini dipertingkatkan dua kali ganda berbanding sebelumnya iaitu 512GB.

3. S Pen dengan fungsi kawalan jauh

Keupayaan S Pen pada Galaxy Note 9 kini ternyata jauh lebih baik berbanding kesemua generasi Galaxy Note sebelum ini kerana telah dilengkapi dengan sambungan Bluetooth. Sokongan teknologi ini pada S Pen sememangnya sangat praktikal kerana ia membolehkan pemilik Galaxy Note 9 menggunakannya sebagai alat kawalan jauh untuk mengambil gambar, mengawal persembahan dan mengawal aplikasi seperti galeri, pemain video (termasuk YouTube) ataupun pemain muzik.

4. Kapasiti bateri lebih besar

Sebelum ini ramai di antara pengguna telah merungut bahawa ketahanan bateri 3300 mAh pada Galaxy Note 8 sememangnya agak mengecewakan. Jadi bagi mengatasi masalah ketahanan bateri pada Galaxy Note 9, Samsung telah menjanjikan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4000 mAh.

5. Dioptimakan untuk pengalaman gaming terbaik

Sokongan pemproses Exynos 9810 pada Galaxy Note 9 sebenarnya sama sahaja seperti siri Galaxy S9, tetapi apa yang menariknya ia kini mampu menjanjikan pengoperasian yang lebih lancar tanpa isu kepanasan. Buat pertama kalinya, Galaxy Note 9 telah dilengkapi dengan sistem penyejukan berasaskan cecair-karbon yang mampu memastikan pengoperasian CPU yang lebih lancar dan sememangnya sangat sesuai untuk aktivit gaming.

Skrin yang besar dan juga pemproses 10nm yang dilengkapi dengan sistem penyejukan pada Galaxy Note 9 menjanjikan pengalaman gaming terbaik.

Berbanding dengan Galaxy Note 8 yang dioperasikan dengan Exynos 8895, Galaxy Note 9 dikatakan menjanjikan pengoperasian CPU 55% lebih pantas dan juga keupayaan GPU yang 23% lebih baik.

6. Dwi kamera dengan Dual Aperture

Keupayaan penggambaran dwi kamera dengan teknologi Dual Aperture yang pertama kali diperkenalkan pada Galaxy S9+ telah digunakan pada Galaxy Note 9. Kehadiran teknologi Dual Aperture ini secara automatik akan menukar bukaan aperture bergantung kepada pencahayaan sekeliling, iaitu f/2.4 pada persekitaran terang dan f/1.5 pula akan digunakan pada persekitaran yang gelap.

Keputusan skor DxOMark yang dicatatkan oleh Samsung Galaxy Note 9 (kiri) dan Samsung Galaxy S9+ (kanan).

Walaupun hadir dengan sokongan lensa kamera yang sama berbanding sebelum ini, kualiti penggambaran Galaxy Note 9 adalah sedikit lebih baik berbanding Galaxy S9+. Ini telah disahkan sendiri oleh DxOMark, yang mana Galaxy Note 9 mencatatkan sebanyak 103 poin dam Galaxy S9+ pula mencatatkan skor sebanyak 99 poin.

 

Prestasi benchmark…

 

Perbandingan reka bentuk Galaxy Note 9 dan Galaxy Note 8…

Saiz bezel bawah…

Samsung Galaxy Note 9 memiliki saiz bezel bawah (dagu) yang lebih kecil berbanding Galaxy Note 8.

Rekaan kamera dan sensor pengimbas cap jari…

Rekaan kontroversi sensor pengimbas cap jari pada Galaxy Note 8 kini telah diubah dengan menempatkannya di bawah lensa kamera.
Butang melaras suara dan butang Bixby pada Galaxy Note 9 kini telah dinaikkan ke atas sedikit berbanding Galaxy Note 8.
Butang kuasa/lock pada Galaxy Note 9 juga kini turut dinaikkan ke atas sedikit.

 

Hasil gambar…

Kelebihan:

  • Sokongan skrin 6.3 inci Super AMOLED Infinity Display dengan resolusi 2960 x 1440 piksel, menjadikannya sebagai salah satu paparan paling terbaik boleh anda miliki di pasaran.
  • Dwi kamera dengan Dual Aperture mampu menjanjikan penggambaran yang baik terutamanya dalam persekitaran yang agak gelap.
  • Mod Samsung DEX pada Galaxy Note 9 kini terasa jauh lebih mudah digunakan kerana ia boleh terus disambungkan dengan kabel HDMI dan tidak lagi memerlukan aksesori DEX Station.
  • S Pen dengan sokongan Bluetooth sememangnya sangat praktikal apabila anda ingin mengambil gambar berkumpulan ataupun mengawal persembahan slide ketika pembentangan mesyuarat.
  • Speaker stereo dengan talaan AKG menjanjikan audio berkualiti dan terdapat efek bunyi keliling yang sedap didengar.
  • Masih dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm, malah pakej pembelian turut disediakan dengan fon telinga yang juga ditala oleh AKG.
  • Ketahanan bateri ternyata jauh lebih baik berbanding generasi sebelumnya kerana ia hadir dengan bateri berkapasiti 4000 mAh.

Kekurangan:

  • Kemasan warna pada panel belakang yang diperbuat daripada kaca tidak begitu kemas permukaannya kerana terdapat efek ‘orange peel’.
  • Kedudukan butang melaras suara dan butang Bixby pada sisi kiri kerangka sering ditekan tanpa sengaja apabila peranti digunakan dalam mod landskap ketika bermain game ataupun menonton video YouTube.
  • Sokongan panel melengkung jenis Infinity Display mungkin menyukarkan anda untuk memasang pelindung skrin jenis kaca, terutamanya apabila sarung pelindung digunakan.
  • Slot kad jenis hibrid menyebabkan anda terpaksa membuat pilihan untuk menggunakan kad SIM kedua ataupun kad microSD, kecuali jika anda memiliki varian 512GB yang sudah tentunya tidak lagi memerlukan storan tambahan.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend