Samsung Galaxy Note 10 Bakal Hadir Dengan 4 Model – Paparan 6.28″ Dan 6.57″ Comments Off on Samsung Galaxy Note 10 Bakal Hadir Dengan 4 Model – Paparan 6.28″ Dan 6.57″

Penjualan siri Galaxy S10 berjaya meningkat kepada lebih sekali ganda berbanding model terdahulu, Galaxy S9. Ini disebabkan langkah pemasaran yang efektif yang mana Samsung menawarkan empat varian untuk model tersebut. Jadi, dengan kesan yang positif ini Samsung dikatakan mungkin memperkenalkan siri-Note pada tahun ini juga dengan empat varian.

Buat masa ini Samsung didakwa bakal mengeluarkan Galaxy Note 10 dalam dua saiz yang berbeza iaitu dengan skrin 6.28-inci dan 6.75-inci. Dua model kecil akan dilengkapi sistem tri-kamera belakang manakala dua model besar akan dimuatkan dengan kuad-kamera. Dua daripada empat model tersebut turut dilaporkan hadir dengan versi 5G.

Reka bentuk pengolokan Samsung Galaxy Note 10

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui spesifikasi peranti tetapi apa yang kita boleh jangka ialah ia akan dimuatkan cip pemproses Exynos 9820 dan Snapdragon 855 (untuk pasaran tertentu). Pada kamera pula, masih belum boleh dipastikan sama ada Samsung akan menggunakan sistem periskop ataupun mereka mengekalkan sistem kamera yang sama seperti Galaxy S10.

Laporan turut mengatakan, Galaxy Note 10 akan tampil dengan rekaan tanpa butang sekaligus menggunakan sensor tekanan sepenuhnya untuk mengawal suara, kuasa, dan melancarkan Bixby.

Perkembangan selanjutnya mungkin akan didedahkan pada masa akan datang, malah peranti ini dijangka akan diperkenalkan kepada umum sekitar bulan Ogos depan.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy S10+, Naik Taraf Terbesar Pernah Dilakukan Pada Siri-S

Pengedaran Siri Samsung Galaxy S10 Dijangka Akan Cecah 60 Juta Unit Menjelang Hujung Tahun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend