Samsung Galaxy M40 Kini Rasmi Dengan Sokongan Snapdragon 675, Skrin Infinity-O Dan Tiga Kamera Comments Off on Samsung Galaxy M40 Kini Rasmi Dengan Sokongan Snapdragon 675, Skrin Infinity-O Dan Tiga Kamera 669

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Samsung India secara rasminya sudahpun melancarkan telefon pintar terbaharunya dari siri Galaxy M dengan kemunculan model Samsung Galaxy M40 untuk pasaran tempatan di India.

Galaxy M40 telah dioperasikan dengan Samsung One UI berasaskan Android 9.0 Pie.

Namun berbeza dengan siri Galaxy M yang lain, Galaxy M40 merupakan model tunggal dari siri itu yang menampilkan sokongan cipset daripada Qualcomm Snapdragon. Malah ia juga turut dilengkapi dengan rekaan lubang kamera di dalam skrin yang dikenali sebagai ‘Infinity-O’, bagi menggantikan rekaan skrin jenis ‘Infinity-U’ pada model yang lain.

Ketiadaan lubang earpiece telah digantikan dengan teknologi bunyi pada skrin.

Jika diperhatikan, Galaxy M40 sebenarnya menyokong spesifikasi dan rekaan yang sama seperti model Galaxy A60 (eksklusif untuk pasaran China). Ini termasuklah skrin IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+ (Corning Gorilla Glass 3), dikuasakan dengan Snapdragon 675, memori 6GB + 128GB, slot kad microSD sehingga 512GB, dan juga bateri 3500 mAh dengan pengecasan pantas 15W (USB Type-C).

Galaxy M40 merupakan model pertama daripada siri itu yang menampilkan rekaan skrin Infinity-O.

Galaxy M40 yang tidak tersedia dengan bicu audio 3.5mm ini turut tersedia dengan kamera depan beresolusi 16MP (f/2.0), dan juga tiga kamera utama beresolusi 32MP (f/1.7) + 8MP (f/2.2, 123° Ultra Wide Angle) + 5MP (f/2.2, Depth sensor). Pada bahagian panel belakangnya juga turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari.

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Blue dan Seawater Blue, Galaxy M40 akan dijual bermula 18 Jun ini pada harga Rs.19,990 iaitu kira-kira RM1,197.

Baca juga:

Samsung Malaysia Lancar Kempen #iChanged Dengan Promosi Tukar-Beli Galaxy S10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend