Samsung Galaxy M31 Dilancarkan Dengan Kuad Kamera 64MP, Bateri 6000mAh Dan USB-C 15W Comments Off on Samsung Galaxy M31 Dilancarkan Dengan Kuad Kamera 64MP, Bateri 6000mAh Dan USB-C 15W

Selepas berkongsi beberapa imej acah Samsung Galaxy M31 sejak awal bulan yang lalu, kini Samsung India telahpun melancarkan model terbaharunya itu secara rasmi untuk pasaran di negara itu.

Samsung Galaxy M31 yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan ini dilengkapi dengan paparan skrin Super AMOLED FHD+ Infinity-U Display sebesar 6.4 inci. Dengan tahap keterangan maksimum 420 nits, panel skrin telah dilindungi oleh Gorilla Glass 3.

Dari segi prestasi pula, Galaxy M31 telah dikuasakan oleh cipset lapan teras daripada Exynos 9611 (10nm), memori RAM LPDDR4x sebesar 6GB, dan juga ruang storan sehingga 128GB. Ia juga dioperasikan dengan One UI 2.0 berasaskan Android 10.

Menariknya ketahanan pengoperasian peranti ini tidak perlu dirisaukan kerana ia hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang mampu menyokong masa memain semula video sehingga 26 jam. Bahkan ia juga boleh dicas pantas dengan sambungan port USB Type-C dengan output 15W.

Samsung Galaxy M31 dilengkapi kamera depan beresolusi 32MP yang dilengkapi ciri rakaman video 4K, rakaman gerak perlahan, dan juga fungsi AR Doodle serta AR Emoji. Manakala prestasi kamera utamanya pula tersedia dengan kuad kamera beresolusi 64MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 5MP (Depth).

Pengalaman berhibur menggunakan Galaxy M31 juga tidak mengecewakan kerana ia menerima pengiktirafan Widevine L1 untuk menyokong kandungan video HD dan juga speaker dengan Dolby Atmos.

Memiliki kerangka setebal 8.9mm dan juga berat sekitar 191g, Galaxy M31 tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Ocean Blue dan juga Space Black. Ia akan dijual pada 5 Mac 2020, dengan harga jualan bermula daripada INR14,999 (~RM883).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend