Samsung Galaxy M21 Dilancarkan Dengan Exynos 9611, Tiga Kamera 48MP, 6000mAh Dan USB-C 15W Comments Off on Samsung Galaxy M21 Dilancarkan Dengan Exynos 9611, Tiga Kamera 48MP, 6000mAh Dan USB-C 15W

Samsung baru-baru ini telahpun melancarkan Galaxy M21 untuk pasaran India dengan menampilkan sokongan spesifikasi yang disasarkan untuk segmen peranti kelas pertengahan.

Dikuasakan dengan cipset Exynos 9611 (10nm), Galaxy M21 telah dioperasikan oleh amtaramuka One UI 2.0 berasaskan Android 10. Ia juga turut didatangkan dengan paparan sAMOLED FHD+ sebesar 6.4 inci yang menampilkan rekaan skrin skrin Infinity U untuk menempatkan kamera depan beresolusi 20MP.

Galaxy M21 didatangkan dengan kapasiti RAM LPDRR4x sehingga 6GB, storan dalaman sehingga 128GB, dan juga slot kad microSD berasingan yang mampu menyokong sehingga 512GB.

Keupayaan penggambaran utamanya pula hadir dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth). Dari segi ketahanan pengoperasian pula ia dijana dengan bateri berkapasiti 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W menggunakan sambungan USB Type-C.

Galaxy M21 yang ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu biru dan hitam ini akan dijual pada harga INR12,999 (~RM758) untuk varian 4GB + 64GB. Manakala untuk varian 6GB + 128GB, harganya masih lagi belum diumumkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend