Samsung Galaxy M20 Yang Dijana Dengan Exynos 7885 Kini Mula Menjengah Geekbench Comments Off on Samsung Galaxy M20 Yang Dijana Dengan Exynos 7885 Kini Mula Menjengah Geekbench

Berdasarkan kepada laporan yang dikongsikan sebelum ini, Samsung dikatakan akan menggabungkan telefon pintar dari segmen mampu miliknya iaitu siri Galaxy J, Galaxy On dan juga Galaxy C kepada satu segmen yang sama iaitu dari siri Galaxy M.

Kini buat pertama kalinya, siri pertama daripada Galaxy M iaitu model Galaxy M20 telah mula membuat kemunculan sulungnya di pangkalan data ujian penanda aras Geekbench. Tampil dengan nama model Samsung SM-M205F, Galaxy M20 telah disahkan akan dijana dengan pemproses Exynos 7885, dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, dan juga menyokong RAM berkapasiti 3GB.

Melalui skor yang diperolehi, Galaxy M20 dengan Exynos 7885 menjanjikan prestasi single-core dan multi-core lebih baik berbanding Nokia 6.1 dengan sokongan pemproses Snapdragon 630. Namun begitu, prestasinya dilihat lebih kurang setanding dengan pemproses Snapdragon 636 yang disokong oleh model seperti Xiaomi Redmi Note 5, Redmi Note 6 Pro dan juga Nokia 6.1 Plus.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend