Samsung Galaxy M20 Mungkin Menjadi Peranti Pertama Samsung Dengan Rekaan Skrin Bertakuk – AnTuTu Comments Off on Samsung Galaxy M20 Mungkin Menjadi Peranti Pertama Samsung Dengan Rekaan Skrin Bertakuk – AnTuTu

Jika semalam Samsung Galaxy M20 telah membuat kemunculan pertamanya di pangkalan data ujian penanda aras Geekbench, hari ini model ini telah muncul pula di AnTuTu dengan mencatatkan skor sebanyak 107,452 poin.

Sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini, Samsung Galaxy M20 akan dikuasakan dengan pemproses Exynos 7885, dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, dan juga menyokong kapasiti RAM sebesar 3GB. Berdasarkan perkongsian maklumat di AnTuTu, Galaxy M20 turut disahkan menyokong storan sebesar 32GB.

Kredit gambar: SlashGear

Apa yang menarik perhatian adalah sokongan resolusi 2340 x 1080 piksel (FHD+) yang secara tidak langsung telah memberi klu awal bahawa peranti ini akan menyokong rekaan skrin bertakuk. Kiraan resolusi yang sama seperti model OPPO F9, OnePlus 6T, Realme 2 Pro dan Vivo V11 ini juga turut mengesahkan rekaan takuk jenis ‘Infinity-U’ yang sebelum ini telah didedahkan oleh Samsung.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend