Samsung Galaxy M20 Kini Rasmi Dengan Harga RM799, Eksklusif Di Shopee Mulai 20 Mac 2019 Comments Off on Samsung Galaxy M20 Kini Rasmi Dengan Harga RM799, Eksklusif Di Shopee Mulai 20 Mac 2019

Penantian untuk memiliki siri terbaharu daripada Samsung akhirnya telah berakhir hari ini apabila model Galaxy M20 telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy M20 yang hadir dengan paparan skrin Infinity-V berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) ini telah dikuasakan oleh pemproses lapan teras (14nm) berkelajuan 1.8 GHz daripada Exynos 7904. Ia juga dibekalkan dengan kombinasi memori 4GB RAM dan juga ruang storan sebesar 64GB.

Keupayaan penggambaran Galaxy M20 telah menampilkan kamera swafoto beresolusi 13MP dengan aperture f/1.9, serta fungsi Live Focus yang mampu menghasilkan gambar potret yang lebih baik. Kamera utamanya pula menawarkan dwi kamera beresolusi 13MP (f/1.9) dan juga lensa kedua 5MP untuk sudut penggambaran 120°.

Sokongan bateri berkapasiti 5000 mAh pada Galaxy M20 bukan sahaja menjanjikan masa pengoperasian lebih lama, tetapi ia juga mampu dicas lebih pantas dengan teknologi pengecasan pantas 15W menggunakan port USB Type-C. Anda juga boleh menikmati ciri multimedia terbaik dengan sokongan Widevine L1 Certification dan juga Dolby Atmos.

Samsung Galaxy M20 tersedia dalam dua warna iaitu Ocean Blue atau Charcoal Blackdan ia akan dijual secara eksklusif hanya di Shopee dengan harga RM799 bermula jam 8.59 pagi pada 20 Mac 2019 ini. Setiap pembelian akan turut menerima hadiah berupa fon kepala JBL dan speaker bernilai RM227 secara percuma.

  • Beli Samsung Galaxy M20 bernilai RM799, eksklusif hanya di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend