Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Menyokong Bateri Berkapasiti 5000 mAh Dengan Rekaan Takuk ‘Infinity-U’ Comments Off on Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Menyokong Bateri Berkapasiti 5000 mAh Dengan Rekaan Takuk ‘Infinity-U’

Pada November yang lepas, berita ketirisan tentang telefon pintar kelas pertengahan Samsung yang bakal menggantikan siri Galaxy J iaitu Galaxy M telah mula tersebar di Internet. Berdasarkan khabar angin yang dikongsikan, model Samsung Galaxy M20 dipercayai akan menyokong rekaan skrin bertakuk.

Hari ini ketirisan berita itu boleh disahkan sebagai benar apabila gambar panel skrin Galaxy M20 berjaya didedahkan oleh blog 91Mobiles. Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, Galaxy M20 menyokong rekaan takuk kecil jenis ‘Infinity-U’ dengan saiz bezel bawah yang tidak terlalu besar.

Lebih menariknya, blog AllAboutSamsung turut mendedahkan bahawa peranti ini turut dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh. Selain itu ia juga dipercayai menyokong dwi kamera utama dengan susunan secara menegak, dan juga disediakan dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Perkongsian gambar bahagian bawah Galaxy M20 turut mendedahkan pengekalan bicu audio 3.5mm, yang turut dilengkapi dengan sokongan port USB Type-C untuk tujuan pengecasan. Ia dipercayai akan dijual pada harga sekitar Rs15,000 (kira-kira RM895) untuk pasaran di India.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend