Samsung Galaxy M10 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM449 Comments Off on Samsung Galaxy M10 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM449

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersedian Samsung Galaxy M10 untuk pasaran tempatan. Melalui pengumuman terbaru sebentar tadi, peranti tersebut kini ditawarkan pada harga RM449 dan ia boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi Samsung atau Lazada (diskaun tambahan) bermula hari ini.

Samsung Galaxy M10 telah diperkenalkan di India pada akhir Januari lalu. Ia merupakan peranti kelas permulaan mampu milik yang menawarkan paparan Infinity-V bersaiz 6.2-inci HD+, dwi kamera belakang 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2), serta kamera depan 5MP (f/2.0).

Peranti ini turut didatangkan bateri sebesar 3,400mAh, cip pemproses Exynos 7870 (lapan teras berkelajuan 1.6GHz), memori 2GB RAM, dan storan seluas 16GB. Galaxy M10 dioperasikan Samsung Experience UI 9.5 berasaskan Android 8.1 Oreo malah anda boleh mendapatkannya dalam pilihan warna hitam ataupun biru.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend