Samsung Galaxy M Akan Dilancarkan Pada 28 Januari Dengan Skrin Bertakuk Comments Off on Samsung Galaxy M Akan Dilancarkan Pada 28 Januari Dengan Skrin Bertakuk

Pasaran telefon pintar kelas pertengahan sangat kukuh di India yang mana kini pengguna di sana lebih mengutamakan telefon pintar dari China. Bagi membentuk semula pasaran Samsung di sana, syarikat Korea Selatan ini mengesahkan akan melancarkan peranti di bawah siri baharu iaitu Galaxy M di sana.

Dijadualkan pada 28 Januari 2019, kita mungkin akan melihat dua peranti iaitu Galaxy M10 dan Galaxy M20 akan diperkenalkan. Kedua-duanya mungkin menawarkan spesifikasi sederhana dengan rekaan skrin titisan air yang telah menjadi trend pada tahun ini.

Antara fungsi dan ciri yang sempat kami kutip di arena web ialah skrin yang lebih luas tanpa bezel tebal, cip pemproses yang sesuai untuk permainan, bateri berkapasiti besar, sokongan pengecasan pantas, dan konfigurasi dwi kamera utama bersama lensa sudut lebar.

Peranti ini mungkin akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama selepas pelancaran rasmi nanti untuk diletakkan sebaris dengan siri Galaxy-A.

Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Dilancarkan Pada Harga RM1,299

Samsung Galaxy A9 (2018) Diumumkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Empat Kamera Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend