Samsung Galaxy J7 Duo Dengan Sokongan Dwi Kamera Dan RAM 4GB Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India Comments Off on Samsung Galaxy J7 Duo Dengan Sokongan Dwi Kamera Dan RAM 4GB Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India

Baru minggu lepas kami berkongsi tentang ketirisan model terbaru dari siri Galaxy J untuk tahun 2018 ini, nampaknya India menjadi negara pertama yang menerima model ini selepas dilancarkan secara rasmi semalam.

Samsung Galaxy J7 Duo dalam warna hitam.

Sebagaimana yang kami dedahkan sebelum ini, Samsung Galaxy J7 Duo merupakan siri Galaxy J pertama yang menawarkan sokongan dwi kamera dengan konfigurasi lensa 13 Megapiksel + 5 Megapiksel dengan aperture f/1.9. Penggambaran swafotonya pula menyokong lensa 8 Megapiksel serta aperture f/1.9 yang disediakan dengan LED flash.

Samsung Galaxy J7 Duo dalam warna emas.

Samsung Galaxy J7 Duo yang memiliki paparan skrin Super AMOLED berukuran 5.5 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel ini turut menyediakan dua kaedah keselamatan biometrik iaitu pengimbas cap jari dan juga Face Unlock. Selain itu ia akan dikuasakan dengan pemproses Exynos siri 7, RAM 4GB, storan 32GB dengan sokongan microSD sehingga 256GB, dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh yang boleh dikeluarkan dari slotnya.

Panel belakang boleh dibuka dan baterinya boleh dikeluarkan dari slot dengan mudah.

Samsung Galaxy J7 Duo sudah mula dijual di India bermula 12 April 2018 dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan emas dengan harga jualan INR 16,990 atau bersamaan lebih kurang RM1,000.

Samsung Galaxy J7 Duo
Pemproses Exynos 7 Series (Octa Core)
Paparan skrin 5.5” HD Super AMOLED
Kamera Belakang : 13MP + 5MP (f/1.9)
Hadapan : 8MP (f/1.9)
Rakaman video FHD (1920 x 1080) @ 30 fps
Sambungan microUSB 2.0
Bluetooth v4.2
WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4GHz + 5GHz)
Sensor Accelerometer, Fingerprint Sensor, RGB Light Sensor, Proximity Sensor
Memori 4GB RAM + 32GB ROM
Ukuran 153.5 x 77.2 x 8.1mm
Bateri 3,000 mAh

Sumber : Samsung India

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend