Samsung Galaxy J7 (2018) Mengembalikan Rekaan Bateri Yang Boleh Dikeluarkan Dari Slotnya Comments Off on Samsung Galaxy J7 (2018) Mengembalikan Rekaan Bateri Yang Boleh Dikeluarkan Dari Slotnya

Baru-baru ini manual untuk peranti entry-level keluaran Samsung yang menggunakan nombor model SM-J720F telah tertiris di Internet. Jika dilihat pada sokongan nombor model yang digunakan, ia berkemungkinan akan lebih dikenali sebagai Samsung Galaxy J7 (2018) memandangkan model Galaxy J7 (2017) yang lalu hadir dengan nombor model SM-J700F.

Melalui ketirisan manual tersebut, Samsung dilihat masih lagi mengekalkan rekaan paparan skrin dengan nisbah 16:9 pada Galaxy J7 (2018) dan tidak mengikut trend paparan bernisbah 18:9 sebagaimana jenama peranti dari China seperti Xiaomi. Model ini juga dipercayai akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu sokongan satu SIM dan juga dua SIM yang mungkin dikenali sebagai model Galaxy J7 Duo (2018).

Apa yang menarik perhatian kami adalah sokongan dwi kamera untuk penggambaran utamanya dengan kedudukan lensa secara menegak mirip seperti Galaxy S9+. Lebih istimewanya, Galaxy J7 (2018) ini juga dipercayai telah mengembalikan semula rekaan bateri yang boleh dikeluarkan dari slotnya. Ini jelas dapat dilihat melalui gambar pada manual yang memperlihatkan bahagian panel belakangnya yang boleh dibuka.

Setakat ini tiada pendedahan spesifikasi, harga mahupun tarikh pelancarannya diterima oleh kami.

Sumber : Manual Samsung Galaxy J7 (2018) SM-J720F

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend