Samsung Galaxy J6+ Dan Galaxy J4+ Mungkin Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Samsung Galaxy J6+ Dan Galaxy J4+ Mungkin Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Samsung sebelum ini telah melancarkan model Galaxy J6 dan juga Galaxy J4 secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Nampaknya versi peningkatan untuk model tersebut mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi, apabila baru-baru ini Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ dilihat telah mula menerima perakuan daripada Bluetooth sig.

Hadir dengan menggunakan nama model SM-J610F dan SM-J415F, spesifikasi Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ ini masih lagi belum didedahkan kepada umum. Berdasarkan ketirisan maklumat yang diterima, Galaxy J6+ dikhabarkan akan menggantikan penggunaan pemproses Exynos 7870 Octa dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450.

Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada maklumat lengkap berhubung spesifikasi kedua-dua model ini dan ia dikatakan akan menembusi pasaran terpilih, sama seperti model Galaxy J6 Prime sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend