Samsung Galaxy Fold Mungkin Tampil Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Jenis ‘Clamshell’ Comments Off on Samsung Galaxy Fold Mungkin Tampil Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Jenis ‘Clamshell’ 183

Samsung Galaxy Fold sebelum ini telah diperkenalkan secara rasmi pada awal tahun ini, dan kini ia sudahpun mula dijual secara rasmi di pasaran terpilih termasuklah Malaysia. Walaupun peranti ini baru sahaja mula dijual di pasaran, Samsung nampaknya sudahpun mula merancang rekaan baharu untuk generasi kedua Samsung Galaxy Fold.

Samsung Galaxy Fold

Di dalam acara ‘Samsung Developer Conference’, Samsung sudah mula memperlihatkan rekaan baharu yang akan digunakan pada model Galaxy Fold yang akan diperkenalkan pada masa akan datang. Berdasarkan video yang dikongsikan, generasi baharu Galaxy Fold akan tampil dengan rekaan skrin boleh lipat yang lebih ringkas mirip seperti rekaan telefon lipat yang pernah popular satu ketika dahulu.

Jun 2019 yang lalu, Samsung telahpun mempatenkan rekaan baharu untuk telefon pintar dengan skrin boleh lipat keluarannya.

Walaupun video yang dikongsikan itu hanya sekadar ilustrasi, Samsung berkemungkinan akan menyingkirkan rekaan takuk lebar sebagaimana yang ada pada Galaxy Fold sedia ada. Sebaliknya kedudukan rekaan kamera depan akan ditempatkan pada skrin mirip seperti rekaan Galaxy S10.

Rekaan skrin boleh lipat yang dibaharui ini dilihat mampu memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dalam situasi tertentu.

Berdasarkan khabar angin yang dikongsikan di Internet, Galaxy Fold generasi baharu ini mungkin akan tampil dengan sokongan panel OLED fleksibel sebesar 8.1 inci ataupun 6.7 inci. Malah ia juga dikatakan memiliki rekaan yang jauh lebih nipis, dengan harga jualan yang lebih murah berbanding generasi pertama.

Baca juga:

Motorola RAZR Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Akan Dilancarkan Hujung Tahun 2019

Samsung Malaysia Umum Peranti Boleh-lipat Mereka Habis Terjual

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend