Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000 Comments Off on Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000 627

Samsung tidak terlepas untuk memperkenalkan telefon pintar boleh lipat mereka di acara Samsung Unpacked awal pagi tadi. Dinamakan Samsung Galaxy Fold, peranti ini memiliki reka bentuk lain daripada yang lain kerana hadir dengan paparan boleh dilipat.

Galaxy Fold dilengkapi panel skrin Infinity Flex sebesar 7.3-inci dan ia boleh dikecilkan kepada saiz 4.6-inci apabila dilipat. Ini bermakna peranti ini datang dengan dua fungsi iaitu boleh menjadi sebuah telefon pintar dan tablet pada bila-bila masa. Ia boleh melancarkan tiga aplikasi sekaligus menerusi ciri pisahan skrin berbanding dua yang terdapat pada telefon pintar masa kini.

Galaxy Fold dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 serta memori RAM sebesar 12GB diikuti storan seluas 512GB. Memorinya juga lebih pantas dengan sokongan UFS 3.0. Peranti ini dijana bateri berkapasiti 4,380mAh serta menyokong pengecasan tanpa wayar. Ciri keselamatan peranti pula turut memuatkan fungsi imbasan jari pada skrin.

Peranti ini memiliki enam kamera secara keseluruhan yang mana tiga kamera utama, dua kamera depan , dan satu di luar. Untuk kamera utama ia hadir dengan konfigurasi 16MP+12MP+12MP masing-masing dengan sensor ultra lebar, sudut lebar, dan telefoto. Sementara kamera depan menggunakan sensor 10MP+8MP, manakala kamera luar pula 10MP.

Skrin 7.3-inci yang dibuka penuh

Samsung Galaxy Fold diperkenalkan dengan tanda harga $1,980 atau sekitar RM8,065 seunit dan ia akan dijual secara global bermula suku kedua 2019. Adakah harga seperti ini dapat menarik minat para pembeli di Malaysia nanti? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Samsung Galaxy S10e Turut Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi Kamera Dalam Kerangka Lebih Kompak

Pra-Tempahan Siri Galaxy S10 Dibuka Pada Harga Bermula RM2,699 Hingga RM4,599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend