Samsung Galaxy Fold 2 Diperlihatkan Dalam Gambar Sebenar Comments Off on Samsung Galaxy Fold 2 Diperlihatkan Dalam Gambar Sebenar

Acara ‘Samsung Developer Conference’ yang diadakan pada bulan Oktober lalu, kita telah didedahkan dengan reka bentuk baharu telefon pintar boleh lipat daripada Samsung. Ia dipercayai Galaxy Fold generasi akan datang dengan rekaan clamshell – berbeza dengan rekaan asal Galaxy Fold yang dibuka seperti buku.

Terbaru, beberapa keping gambar sebenar telah memperlihatkan peranti yang dimaksudkan. Rupa bentuk peranti ini dilihat sama seperti yang diolokkan pada pertama kali ia diperdengarkan.

Galaxy Fold 2 atau apa sahaja nama yang akan diberikan, ia memiliki paparan Infinity-O dengan nisbah 21:9 disamping kamera depan tunggal di bahagian tengah. Sistem antaramuka pula masih mengekalkan Samsung One UI 2.0 dan berdasarkan bahasa yang digunakan, ia adalah Mandarin.

This slideshow requires JavaScript.

Pada bahagian luaran pula, peranti ini mempunyai paparan skrin sekunder yang bersaiz kecil. Ia memaparkan masa dan notifikasi seperti yang boleh anda lihat di sebelah LED flash kamera belakang.

Daripada segi binaan, kerangka yang digunakan adalah sama seperti yang ada pada Galaxy Fold, ia menutupi sudut skrin dan berkemungkinan teknologi yang sama turut digunakan. Terdapat juga butang kuasa/kunci dan laras suara di bahagian kanan diikuti port USB-C dan pembesar suara pada bahagian bawah.

Menurut laporan, Galaxy Fold 2 ini bakal hadir dengan tanda harga sekitar $1000 (~RM4142) seunit apabila dilancarkan kelak.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend